Sunday 25 November 2012

Puteri Koreena

 Baca syair

Tersebutlah kisah seorang puteri,
wajahnya cantik berseri-seri,
Puteri Koreena nama diberi,
Rajin belajar setiap hari.

Orangnya pintar bijak bestari,
Berbudi bahasa berhemah tinggi,
Pada yang tua sangat dihormati,
Ibu dan bapa selalu ditaati.

Rajin dan usaha tidak terkira,
Membaca buku setiap masa,
Dalam pelajaran dialah juara,
Mencapai cita-cita terus mara.

Nasihat ibu jadi pegangan,
Ke mana pergi dalam ingatan,
Ajaran guru jadi ikutan,
Itulah cara menuju kejayaan.

Suka menolong sesama insan,
Tanpa berharap akan balasan,
Segala dibuat dengan keikhlasan,
Yang diharapkan keredaan Tuhan.

Itulah dia Koreena yang rupawan,
Dijadikan panduan oleh teman,
Tingkah lakunya dijadikan teladan,
Semua milihat akan tertawan.


Friday 23 November 2012

Jawapan

Praktis 1

1. Segelas jus limau
2. Sekeping papan
3. Seekor rusa
4. Sebiji dafu
5. Sebatang ranting/kayu
6. Serumpun buluh
7. Sebilah pisau
8. Sesikat pisang 


Latihan

Praktis 1

Tuliskan penjodoh bilangan yang sesuai bagi gambar di bawah. 
  • Biji
  • Ekor
  • Keping
  • Gelas
  • Batang
  • Rumpun 
  • Bilah
  • Sikat



Monday 19 November 2012

Gurindam

Jika kita rajin ke sekolah,
Tentu beroleh banyak faedah.

Jika ingin menjadi pandai,
Membaca buku jaganlah lalai.

Jika ingin menjadi orang terpelajar,
Amalkanlah ilmu yang diajar.

Jika ajaran guru senantiasa diikut,
Dapat menghuraikan segala yang kusut.

Jika ilmu diamalkan selalu,
Baiklah perangai dan tingkah laku.





Saturday 10 November 2012

Kegunaan penjodoh bilangan

Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan selepas kata bilangan. Contoh dalam petikan:

Naskhah : untuk bahan bacaan seperti buku, majalah.
Batang    : untuk benda lurus, panjang atau pendek dan keras seperti pen.
Keping    : untuk benda yang rata, nipis, pipih, lebar, dan leper seperti poskad.
Kotak     : untuk benda yang berada di dalam kotak seperti pensel warna.
Kajang    : untuk benda yang lebar dan besar seperti kertas, layar.

Thursday 8 November 2012

Baca dan fahami

Baca dan fahami perbualan di bawah. Perkataan yang berhuruf tebal ialah penjodoh bilangan.