Wednesday 12 December 2012

Sajak


Pesan untuk Teman

 

Teman,

Tanamlah semangat wira

suburkan jati diri

dalam jiwa yang suci

 

Semailah taat setia

yang tidak berbelah bahagi

demi Negara tercinta

 

Kukuhkan benteng diri

daripada penjajah durjana

dadah musuh Negara.

 

Hayati rukun Negara

hormati bendera bangsa

perpaduan sepanjang masa.

 

Harmoni sungguh

Malaysia kita

negara berdaulat

negara tercinta.

Sajak




Kita Pewaris Alam


Aalam semesta kita sengsara

Lantaran kerakusan manusia

Berlumba mencari secebis laba

Tanpa ihsan pada belantara.

 

Apabila alam telah tercedera

kita juga tumpang sengsara

sanggupkan kita melihat

kehijauan belantara hilang serinya

sungai yang jernih tidak mengalir lagi

dan unggas merintih sendiri.

 

Siapakah lagi

yang menjaga warisan ini

yang mengertikan akan reality

inilah satu-satunya warisan kita

khazanah alam yang berharga

dan kitalah pewarisnya.

Saturday 8 December 2012

Membina Ayat Berdasarkan Gambar (contoh jawapan)

1. Mary sedang menyiram pokok bunga.

2. Raju memotong rumput di halaman Taman Sains.

3. Ali menanam pokok bunga menakala Linda menyapu dedaun di halaman.

4. Dedaun yang gugur di kolam ikan disauk oleh Kok Seng.

5. Ayam-ayam itu sedang makan dedak yang ditabur oleh Mei Lin.

Membina Ayat Berdasarkan Gambar


Pantun Tanah Airku

Burung tekukur hinggap di dahan,
  Burung pekaka di atas batu;
Mari bersyukur kepata Tuhan,
  Sejak merdeka kita bersatu.

Buah manggis dimakan ungags,
  Selasih dibawa ke hujung kota;
Bekerja gigih menggalas tugas,
  Menjunjung kasih Negara tercinta.

Rumpun keladi tumbah di desa,
  Tumbuh indah jadi hiasan;
Permuda-pemudi harapan bangsa,
  Teguh bersatu capai wawasan.

Tuesday 4 December 2012

Baca Sajak


Bahasa Bangsa

Bahasa Malaysia aku pelajari

Dengan kesungguhan

Dengan seikhlas hati

Menyusun kata membina kalimat

Bicara murni aku tuturkan.

 

Bahasa Malaysia indah nian

Penuh keunikan

Peribahasa dan pantun tinggalan warisan

Dengan amat bangga aku gunakan.

 

Bahasa Malaysia menyatukan kita

agar teguh tanpa sengketa

Bahasa Malaysia bahasa perpaduan

Difahami oleh setiap insan.

 

Bahasa Malaysia tetap kupelihara

kerana darjatnya tinggi sekali.